Fairuz Zakaria-Member Lama
Dulu, masa di sekolah menengah memang banyak menyimpan beberapa kenangan, ada manis dan ada yang kurang gula. Sekarang ni, sudah hampir 15 tahun berlalu. Tahun 1990, saya berpindah dari Kuala Lumpur ke Butterworth, Pulau Pinang. Balik kampung sebab abah dah pencen. Masa itu saya masih dalam tingkatan 3. Di Kuala Lumpur saya belajar di Sekolah Aminuddin Baki. Di Pulau Pinang, saya belajar di Sekolah Menengah Datuk Onn, Butterworth. Sekolah ini merupakan sekolah tradisi keluarga sebelah emak. Boleh dikatakan semua emak dan bapa saudara saya belajar di sekolah ini. Bila pindah tempat baru mesti dapat rakan sekolah baru. Dalam ramai-ramai, hanya Rizaimy dan Fairuz yang rapat dengan saya. Selepas SPM masing-masing bawa haluan. Kadang-kala berjumpa waktu menyambut aidil fitri. Rumah kami agak jauh, Rizaimy di Teluk Air Tawar, Fairuz di Permatang Puah, manakala saya di Sungai Lokan. Selepas 15 tahun berlalu, saya terjumpa Rizaimy di UiTM. Dia joint UiTM Kedah. Fairuz pula terus menghilangkan diri. Tak jumpa langsung. Hari ini saya saja taipkan nama Fairuz Zakaria dalam search eg., dan terjumpa sebuah syarikat nama: Fairuz Zakaria Art & Design http://www.fairuzzakaria.com/staf/. Kagum-kagum. Fairuz buka syarikat sendiri. Sekarang ini beliau dah ada 15 orang pekerja. Bila tengok gambar dia, sudah bermisai dan berjambang...kalau bukan nama Fairuz Zakaria sudah tentu saya tidak berapa cam sangat. Hah! ada satu soalan cepu emas, masih solo ko? InsyaAllah, nanti kalau saya balik Penang, saya singgah rumah Fairuz dan Rizaimy...kenangan...kenangan.
Comments