Research Methodology di UiTM Melaka
Team Prof. Dr. Azni
AlhamduLillah, bengkel PRA-PTK di UiTM Melaka, selamat disempurnakan. Kumpulan pertama yang diketua oleh Prof. Dr. Azni mengadakan bengkel pada 10-11 Disember 2008. Dalam bengkel ini peserta didedahkan dengan beberapa input penting seperti maklumat terkini penyelidikan di UiTM, geran penyelidikan, kaedah penyelidikan dan cara-cara mengisi borang permohonan penyelidikan FRGS dan E-Science. Saya ditugaskan untuk menerangkan research methodology kepada peserta. Ada seorang peserta tu macam pernah tengok. Tapi di mana ye? Bila check, rupanya member masa induksi tahun 2002. Shabuddin... AlhamduLillah, jumpa juga dengan kawan-kawan lama. Dulu masa di UiTM Pahang, saya juga terperasan seorang pensyarah. Tapi tak ingat kat mana jumpa. Bila balik ke rumah saya check gambar induksi. Sah! Member induksi dulu. Sorry le tak sempat tegur...Di Melaka kami semua tinggal di salah sebuah hotel 4 bintang. Selesa sangat, kena pula dengan pemandangan yang menarik. Sempat juga kami makan ikan bakar di Serkam Pantai. Selepas di UiTM Melaka, kumpulan Prof. Dr. Azni akan ke utara pula.
Comments