IID 2009


IID 2009 semakin dekat, dan kali ini UiTM menempa sejarah kali IID kali ini disertai dengan 407 penyertaan. Saya dan rakan-rakan di RMI telah menyediakan kelengkapan bagi melicinkan perjalanan IID 2009. IID 2009 merupakan IID yang ke 4 bagi saya dan Intan. Saya merasakan IID semakin meriah dan semakin mencabar. Dahulu tahun 2006, tak lebih daripada 200 produk yang dipertandingkan. Pemenang pingat perak pada masa itu masih berpeluang untuk dipilih bagi menyertai pertandingan diperingkat kebangsaan. Tahun 2008 berubah, sedikit, dan hanya pemenang pingat emas yang akan di peringkat pertandingan kebangsaan. Tahun 2009 rasanya lebih mencabar kerana jumlah pertandingan meningkat dari 343 ke 407!. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan, dan InsyaAllah dengan usaha ini akan meningkatkan daya rekacipta serta penyelidikan dikalangan staf UiTM.

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
HishamMB said…
Salam.

Dr Zaidi & Dr Intan,
Kami sangat teruja dengan kejayaan demi kejayaan inovasi rakan-rakan penyelidik dan pensyarah UiTM, terutamanya Dr Zaidi dan Dr Intan. Kami tak pernah terfikir sebelum ini yang model dalam sains sosial juga dikira sebagai satu inovasi. Ia benar-benar mencucuh semangat dan kesungguhan kami untuk turut serta. Rasanya itulah sebabnya penyertaan meningkat lebih 100% dalam 2 tahun kebelakangan ini.

Terima kasih kerana memberikan pendedahan dan motivasi yang sangat bermakna menerusi blog ini.

Wassalam.
ACHIEVEMENTS said…
Sdr. Hisham. AlhamduLillah...
Amier said…
Assalamualaikum WM, Dr. Zaidi

Secara tidak sengaja melewati laman blog Dr. Saya kagum dengan segala kejayaan yang Dr usahakan. FYI saya pelajar Dr. di UITM Segamat (Diploma in Investment Analysis). Saya baru sahaja menamatkan Msc. Information Mgmt di UiTM, dalam perancangan for PHD, maybe boleh mendapat tunjuk ajar dari Dr. on how to produce a good reserch. Wassalam

amir@inti.edu.my
Sdr. Amir. Congrats! InsyaAllah, jika ada sebarang pertanyaan mengenai penyelidikan terus hubungi saya melalui zaidiuitm2000@yahoo.com.

Popular Posts