IID 2009 Meriah dan Geneve, Switzerland


International Exhibition of Inventions, New Techniques and New Products, Geneve Switzerland

AlhamduLillah, IID 2009 telah mencipta sejarah UiTM di mana sebanyak 407 produk sains sosial & pengurusan dan sains & teknologi telah dipamerkan oleh penyelidik-penyelidik akademik dan staf sokongan dari kampus UiTM induk dan kampus UiTM cawangan. Pada kali ini, IID 2009 telah menyaksikan 110 produk menerima pingat emas, dan daripada jumlah 407 produk hanya 93% produk memenangi anugerah. Saya bersyukur kerana IID 2009 berjaya melahirkan ramai penyelidik muda (e.g. Encik Shukor, M. Hairul & Hazrina UiTM Perlis, Encik Hisham UiTM Johor, Encik Mohd Khairi UiTM Perak, team Mohd Norafizal, Encik Khairul Nizam & Encik Wan Mohd Nazri UiTM Pahang, Encik Mohd Zafian, & Encik Juferi UiTM Sarawak etc.) yang berbakat dan ini telah menjanjikan kepada UiTM bahawa kita tidak ketandusan penyelidik-penyelidik malah berkualiti pula. Sementara itu, pemenang pingat berpeluang untuk ke pertandingan rekacipta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dan pemilihan adalah bergantung pada jumlah markah yang diterima di IID 2009. InsyaAllah selepas ini penyelidik-penyelidik UiTM akan ke Moscow, Russia dan Geneve, Switzerland dalam bulan April 2009, manakala sebahagian yang lain akan ke Malaysia Technology Exposition (MTE) dalam bulan Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Selain MTE, pemenang IID 2009 juga berpeluang menyertai pertandingan rekacipta di ITEX, BIOMalaysia/BIOAsia dan PECIPTA dalam tahun ini. Bagi saya dan Intan, InsyaAllah bagi tahun ini, produk kami akan ke Geneve, Switzerland (untuk kali kedua), dan mengharapkan sokongan serta doa daripada rakan-rakan bagi mengulangi kejayaan UiTM seperti tahun yang sebelumnya. InsyaAllah. Viva UiTM!

Comments

HishamMB said…
Salam.

Semoga pulang dengan kejayaan, dan berkongsi pengalaman dengan kami semua (penyelidik junior/amateur).

HishamMB
Terima kasih dan tahniah buat Sdr.
Anonymous said…
Salam Dr

Adakah penyelidik-penyelidik dari universiti terkemuka dunia menhantar ciptaan mereka ke invention expos seperti di Geneva?
Assalamualaikum wbrt,

Anunymous, terima kasih kerana bertanya. Kebanyakkan negara-negara besar seperti USA, UK, Russia, France, Canada, Italy akan turut serta dalam pertandingan ini. Selain pertandingan, penyelidik akan membuat network dengan penyelidik negara lain, pengilang dan pelabur. So, pertandingan rekacipta bukan sekadar untuk memenangi pingat tetapi tempat mempromosi dan memperkenal produk, malah Kementerian Pengajian Tinggi menghantar pegawai tinggi untuk turut serta dalam setiap venue pertandingan di USA, Switzerland, UK, Korea Selatan, Germany, dan Belgium. Selain itu, kita juga akan dijemput sebagai editorial review board dan juga menerbitkan hasil kajian dalam jurnal terkemuka. Sebenarnya banyak feadah bagi pertandingan ini, dan salah satu kriteria untuk menjadi research university ialah inovasi.

Popular Posts