Type of Journals

Sebagai penyelidik, penulisan dalam jurnal merupakan satu kemestian. Untuk mencapai sebuah universiti bertaraf dunia, penulisan dalam jurnal merupakan salah satu kriteria utama. Harvard University dan Yale University menduduki tangga tertinggi dunia kerana penulisan pensyarahnya dalam flagship journals. Terdapat beberapa jenis jurnal yang perlu diketahui oleh penyelidik. Tangga tertinggi ialah flagship journal iaitu jurnal yang tersenarai dalam ISI Thomson dan SCOPUS. Kedua, international journal, manakala ketiga ialah refereed journal. Keempat ialah professional journal. Oleh yang demikian, saya syorkan kepada rakan-rakan untuk menghantar artikel mereka ke flagship jurnal kerana ianya akan memberikan impak yang tinggi kepada ranking universiti. Perkara ini diambil serius oleh beberapa buah IPTA di Malaysia yang mana pensyarah yang menerbitkan artikel mereka dalam flagship jurnal akan diberikan insentif kewangan. Jika artikel mereka diterbitkan dalam ISI jurnal yang mempunyai impact factor lebih daripada 2.0, maka penulis akan menerima RM5,000, manakala RM1,500 bagi jurnal yang mempunyai impact factor kurang dari 2.0. Dengar cerita ada seorang pensyarah yang berjaya menerbitkan 5 buah artikel dalam ISI journal menerima RM12,000 pada tahun lepas. Menarik bukan. AlhamduLillah dengan cara sedemikian, jumlah penerbitan artikel dalam flagship journals bagi universiti berkenaan meningkat dengan mendadak.

Comments

Anonymous said…
Salam

Boleh minta ulaskan bagaimana nak menulis buku akademik? Terima kasih.

Umina

Popular Posts