Bengkel

Saya bersama rakan-rakan RMI berbengkel selama 2 hari di tempat yang menarik, Felda Residence Trolak, Sungkai. Perjalanan ke sana hanya 2 jam. Bila tiba di Felda Residence, saya dah mula teruja, sebab persekitarannya yang menarik terutamanya kepada sesiapa yang berminat dengan suasana "team-building camp". Bengkel ini dihadiri oleh Prof. Fauziah Nordin, Prof. Azni, Prof. Bakar, Prof. Nasir, Prof. Suhaimi, Prof. Khudzir dan beberapa rakan lain. Pada sebelah petang, saya mengambil peluang ke kolam untuk mengail ikan. Prof. Fauziah bawa 2 joran dan beberapa orang staf ILQAM ada juga membawa joran bersama mereka. Mengail seronok-seronok aje. Bagi yang tidak mengail, mereka ke Felda Hot Spring, iaitu 20 minit perjalanan dari Felda Residence. Kalau rasa nak berendam air panas bolehlah ke sana. Sengal-sengal badan boleh kurang tu. Persekitaran kolam air panas, dikatakan sangat tersusun dan menarik, dan hotel juga dibina di sana. Makanan kami di Felda Residance pula, okay dan fresh. Setiap kali makan tengahari, kami dijamu dengan ulam-ulam segar yang dipungut dari sekitar FELDA. Ada macam-macam color, dan bentuk. Memang sedap. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan layanan yang diberikan di sana. Terima kasih dan tahniah kepada Prof. Pau dan staf ILQAM kerana berjaya mengendalikan bengkel ini.

Comments

fusarium solani said…
Trolak Country Resort memang cantik. Begitu juga TRAP, sungai Klah. Kekanda saya dan rakan sekerja mula membangunkan resort ini dari kosong sampai kini...bangga rasanya bila melihat tanah Felda juga mampu menarik para pelancong walau jauh di pedalaman.