Main Golf dan Tenis

Lama juga saya tak serius bersukan. Masa di UiTM Johor, saya boleh dikatakan amat senang melakukan aktiviti sukan, terutamanya bermain golf dan tenis. Bila ada tournament golf, saya dan rakan-rakan akan masuk bertanding. Berlatih bersungguh-sungguh di driving-range. Bukan apa, main golf ni perlu banyak practice. Kalau tidak, pukul aje bola terus masuk semak! Main golf tak semudah yang disangka. Kena banyak sabar dan fokus. Kadang-kala nak tergelak juga bila ada pemain yang 'mengamuk sakan' atas padang. Bila pukul bola tak bagus, mula pukul 'cangkul tanah dan maki hamun'. Emm...sememangnya main golf kena banyak bersabar. Masa itu kita boleh lihat 'kelakuan' sebenar orang tu. Kalau anda seorang yang pemarah, bermain golf merupakan satu tempat latihan untuk 'pengurusan marah'. Selain golf saya suka main tenis. Rakan-rakan seperti Encik Aziz (sekarang di UiTM Terengganu) dan Ustaz Zaluddin (TP UiTM Johor) merupakan ahli tetap persatuan tenis resident staf. Main seronok-seronok. Tapi ada sekali saya ajak student (bekas pemain negeri Kedah) main tenis. Fuh...letih betul dan saya kena muscle tear...Lepas tu terus berhenti main tenis selama 3 bulan lebih. Pakai tongkat...Semenjak itu, saya tak berapa aktif dalam golf dan tenis. Sambung belajar PhD, terus lupa 'apa itu' golf dan tenis. Hah...dua hari lepas saya beli 'reket' tenis baru. InsyaAllah nak start balik main tenis, dan golf di driving-range...

Comments

Anonymous said…
Assalammualaikum,

Tahniah Prof Madya!

-yamin FPM-
Terima kasih Yamin...AlhamduLillah.
Anonymous said…
Tahniah atas lantikan Prof Madya
Balkish said…
AP Dr Zaidi,

lama dah tak menyusuri blog ni..tiba2 bukak.. dah bertukar tittle ownernya...Alhamdulillah..sesekali menjeling deretan publications, conferences attended, list of books berserta long listing editorial boards..kus semangat..TAHNIAH..Zaidi u derve it!
Nurzeatul said…
Congrats Assoc Prof. Dr Norzaidi...

wuishh...panjang tu bila nak pendekkan jadi Prof. jer?

BTW Tahniah!
Terima kasih Puan Balkish dan Puan Nurzeatul. AlhamduLillah. La ni dalam tempoh edah, selama 3 tahun. Kalau nak minta Prof. kena tunggu dulu...
fusarium solani said…
Salam,
Lama tidak menjengah kerana kesibukan. Hmm, sudah Prof Madya. Tak lama lagi sampailah Profnya tu! :)

Kalau rajin marilah kayuh basikal dengan kumpulan saya di www.kayuh.co.cc