Kempen Menulis Artikel dalam Jurnal Berimpak Tinggi


Matlamat UiTM untuk menjadi universiti penyelidikan akan tercapai jika kita mempunyai 3,000 artikel yang diterbitkan dalam jurnal bertinggi, iaitu jurnal yang tersenarai dalam Thomson Reuters ISI dan Scopus. Dengan jumlah pensyarah seramai 8,000 orang, saya yakin UiTM mampu berbuat demikian. Oleh yang demikian, saya mengajak rakan-rakan untuk terus aktif menulis dalam jurnal berimpak tinggi. Kepada rakan-rakan yang sedang belajar di peringkat PhD, ini merupakan peluang keemasan anda untuk menulis bersama supervisor masing-masing. Saya percaya supervisor anda merupakan orang yang bukan calang-calang dan mampu menerbitkan beberapa buah artikel dalam jurnal berimpak tinggi. Saya mendoakan sasaran akan tercapai dalam masa terdekat, dan InsyaAllah UiTM akan mencapai taraf universiti penyelidikan dalam tahun ini. Sokongan padu anda amat dihargai.

Comments

Popular Posts