Pemegang PhD


Phd, itulah yang kerap diperbualkan oleh pensyarah IPT. Berapa sebenarya jumlah pensyarah yang mempunyai PhD di UiTM? Buat masa sekarang, kalau dicampur dengan semua jumlah pensyarah di Shah Alam dan cawangan iaitu sekitar 8,000-9,000 orang, hanya 9% mempunyai PhD atau setara. Begitulah angkanya. Jumlahnya masih kecil. Walaubagaimanapun, kalau kita hanya mengambil kira pensyarah di UiTM Shah Alam, jumlah ini akan meningkat sedikit, iaitu 22%. Manakala, buat masa sekarang hanya sebuah IPTA yang mempunyai 69% pensyarah yang memegang PhD, itulah angka tertinggi di Malaysia. Oleh itu, trendnya sekarang, UiTM banyak menghantar pensyarahnya belajar diperingkat pengajian PhD. InsyaAllah matlamat untuk meningkat bilangan pensyarah yang mempunyai PhD akan tercapai terutamanya di IPT Malaysia.

Comments