Anugerah IID 2008


Bersama Prof. Dr Rahmat dan Prof Dr. Azni di Majlis Penganugerahan

AlhamduLillah IID 2008 telah berlangsung dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan syabas kepada rakan sekerja di IRDC yang telah berjaya menganjurkan pertandingan rekacipta terbesar di peringkat UiTM. AlhamduLillah, pada kali ingin saya, Intan dan rakan berjaya meraih 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Ucapan tahniah kepada Dr. Ahmad Zaki, Ustaz S. Salahuddin dan Oswald kerana berjaya membawa pulang pingat. Ustaz Saidin dan Kak Ki juga berjaya membawa pulang dua pingat. Tahniah juga kepada Hisham kerana berjaya mengondol satu pingat emas. Kepada rakan-rakan di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Gunaan, IRDC, Fakulti Farmasi dan lain-lain kerana berjaya memenangi pingat di IID 2008. Tahniah kepada semua...InsyaAllah kalau ada rezeki kita akan diberi peluang untuk bertanding diperingkat kebangsaan. Terima kasih kepada Prof. Dr. Azni, Prof. Dr. Normah, Prof. Madya Dr. Noormala, Prof. Faridah Hassan, Prof. Madya Dr. Zaini Abdullah dan lain-lain yang banyak memberi semangat dan menyokong penglibatan saya dan Intan dalam pertandingan rekacipta. InsyaAllah usaha ini akan diteruskan dan dipanjangkan kepada rakan-rakan yang lain.

Comments

Popular Posts