ITEX 2008


Hari ini saya dapat e-mail daripada Pn. Murni, mengatakan pemenang pingat emas akan bertanding di International Invention, Innovation and Technology (ITEX) bermula 9-11 Mei 2008 di KLCC. ITEX ini setaraf dengan pertandingan rekacipta antarabangsa lain seperti Geneva, BIS, SIIF, IENA, Eureka dan INPEX. AlhamduLillah, saya dan Intan bersyukur kerana produk kami terpilih ke ITEX. Kali ini saya menjangkakan UiTM akan menghantar produk yang banyak kerana pemenang pingat emas IID pada tahun ini melebihi 60 produk. Itu yang menariknya. Keputusan di ITEX amat penting kerana ianya akan menentukan samada peserta akan dipilih ke luar negara. Buat masa sekarang, ada beberapa 'venue' yang UiTM akan sertai terutamanya di British Invention Shows, INPEX, USA; Eureka, Belgium; IENA, Germany; SIIF, Korea Selatan. Kontingen UiTM/Malaysia telah berlepas ke Moscow dan Geneva dalam dua tiga hari yang lepas. Saya pernah bertanding di ITEX pada tahun 2006 walaubagaimanapun pada tahun 2007 saya dan Intan tidak menjadi peserta tetapi bertindak sebagai hakim pertandingan. Saya dan Intan berharap ITEX akan berjalan dengan lancar, dan saya berdoa agar UiTM akan mengulangi kejayaan menjulang Anugerah Khas Geneva (terbaik keseluruhan) seperti tahun sebelumnya.

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular Posts