Persiapan Menghadapi IID 2008


Dah dekat seminggu saya dan Dr. Mala, dekan FBM menjengguk masa yang sesuai untuk membincangkan persiapan menghadapi IID 2008. Lepas pilihanraya ni, baru aje rasa lapang untuk memikirkan benda-benda lain. InsyaAllah Dr. Mala kita akan berjumpa pukul 3.00 petang di fakulti. Begitulah janji-janji saya pada beliau. Mungkin buat pertama kali Fakulti Pengurusan Perniagaan akan menghantar wakil-wakilnya yang sememangnya ramai untuk mencuba nasib di IID. Dari laporan rasmi IRDC, fakulti business menghantar 23 produk. AlhamduLillah, nampaknya promosi kali ini menjadi betul. Mungkin selama ini rakan-rakan saya di fakulti hanya mendengar atau melihatnya dari jauh, tapi kali ini mereka yang terlibat, secara langsung. Saya akan cuba memberi beberapa petua pertandingan, dan harapan saya agar semua peserta membawa kejayaan kepada diri, fakulti dan universiti. Bagi saya, usah difikirkan sangat pasal kemenangan, yang penting kita perlu usaha dengan gigih. Lepas tu doa dan tawakkal. InsyaAllah akan dapat kebajikan kelak. So, Selamat Berinovasi.

Comments