Temubual di U-FM




Temubual saya di U-FM, radio rasmi UiTM ditetapkan pada pukul 3 petang. Tujuan temubual ini adalah untuk menyebarkan maklumat mengenai IID yang akan berlangsung pada 25-27 Mac 2008. Sebagai Ketua INFOREC, saya diamanahkan bagi membuat liputan, penerangan aktiviti semasa penyelidikan di UiTM. Ini merupakan pengalaman pertama saya di konti radio dan ianya sesuatu yang istimewa bagi diri saya. Sekarang baru saya tahu macamana kita berada di tempat pengendalian radio. DD Dj fakulti pengurusan perniagaan yang ditugaskan untuk interview saya. Beliau sangat pemalu dan sukar untuk diambil gambar. Saya ke UFM dibantu Hakim, dan sudah semestinya tugas beliau sebagai jurugambar INFOREC. Apa yang saya nak katakan ialah, semua kerja ini tak mudah seperti yang disangkakan...

Comments