Roadshow ke UiTM Terengganu

Saya dan semua ketua IRDC termasuk PNC Prof. Dr. Azni akan ke UiTM Terengganu mulai esok sampai hari khamis. Tiket kapalterbang dah ada dan kami akan bertolak ke KLIA pada 11.30 pagi dan kapalterbang akan berlepas pada 2.30 petang. Di UiTM Terengganu, kami semua akan menerangkan aktiviti dan fungsi jabatan masing-masing. Bahagian INFOREC, saya akan menerangkan mengenai IRDC Reporting Systems (IRES), Expert Directory/Malim Sarjana-Kementerian Pengajian Tinggi, Research Sea dan Persues. Sememangnya banyak benda yang perlu diperjelaskan kepada warga UiTM walaubagaimanapun hanya 30 minit diberikan kepada setiap ketua. Harapan saya semoga dengan penerangan ini akan menaikkan lagi jumlah penyelidikan di kalangan pensyarah UiTM. Insyaallah dalam bulan April nanti saya akan ke UiTM Sarawak dan Sabah untuk penerangan yang sama serta bengkel Persues.

Comments

Popular Posts