Bengkel FRGS dan Sanggar Buku UPENA
Pagi-pagi lagi saya dah ke Intekma Resort sebagai penilai proposal FRGS UiTM. Masa saya di sana, dah nampak ramai pensyarah yang tiba untuk menjalankan kewajipan sebagai penilai. Pagi tu kami disediakan dengan sarapan pagi di tepi kolam. Tepat pukul 9.00 taklimat ringkas disampaikan oleh Prof. Dr. Azni dan Prof. Madya Dr. Rodziah, manakala Prof. Madya Dr. Hanafiah sebagai pengerusi majlis. Saya ditempatkan di meja 6 bersama kenalan dari Fakulti Perakaunan. Penilaian hanya 15 set proposal dan kami semua siap menjalankan tugas pada 2.15 petang. Lepas itu saya bergegas pula ke Dewan Sri Budiman bagi upacara Sanggar Buku Upena 2008 yang dirasmikan oleh Datuk Seri VC. Di sana saya berjumpa denga kenalan UiTM Johor dan rakan-rakan UiTM Pahang. Tahniah kepada UiTM Johor kerana merangkul piala UPENA terbanyak mengeluarkan buku (cawangan) serta paling aktif bagi tahun 2007. Sekalung tahniah juga kepada Ustaz Dr. Ahmad Zaki kerana menerima anugerah buku terbaik sains kemasyarakatan, Ustaz PM Abdul Halim Ramli bagi buku terbaik (karya Islam), dan PM Dr. Jamaluddin (UiTM Pahang) bagi anugerah buku terbaik (sains dan matematik) 2007. Semoga terus berkarya dan menyumbangkan ilmu kepada semua...
Comments