AlhamduLillah


AlhamduLillah; syukur dengan limpah dan nikmat yang dikurnia oleh-Nya, kerana saya masih dapat bekerja dengan baik. AlhamduLillah kerana dah ramai rakan-rakan seangkatan tamat pengajian PhD. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr. Mohd Bahrin Othman kerana menamatkan pengajian PhD dan dilantik sebagai Timbalan Dekan (HEP), Fakulti Undang-Undang, UiTM dan tahniah juga Dr. Zatul Karamah (UMS), kerana menamatkan pengajian pada tahun lepas. Tahniah juga kepada Encik Suhaidi Alias dan isteri kerana berjaya mendapat biasiswa PhD dan tempat pengajian di New Zealand. Juga kepada rakan yang sedang telah hampir menyiapkan thesis, terutamanya Kak Zarina Denan, Hairulnizam, dan Fahmi, saya mendoakan anda semua berjaya mengenggam PhD dalam tahun ini. Kak Zi (politeknik), Oswald, Ustaz Halim, Ustaz Saidin & Kak Ki, Shikin, Shahrul & isteri, Kak Noi, Khairul, Deb, Kak Suria, Kak Sha, Abg Johari, Raja Azreen, Hisham (TMSK)-jumpa di ITEX 2009 nanti!, Ina (FPP), Kak Hadaliza (FPP), Kak Rohana, Balkish, Kak Zaini dan Akmal Aini etc., teruskan perjuangan dan saya yakin anda dapat melakukannya, InsyaAllah. AlhamduLillah kerana ramai rakan-rakan di UiTM Johor yang dinaikkan pangkat, Kak Zah (Timbalan Pengarah Penyelidikan & JIM), Sham (koordinator penyelidikan) dan ada yang berjaya mendapat biasiswa PhD. AlhamduLillah, banyak betul nikmat yang Allah berikan kepada kita...syukur.

Comments

Syah said…
ya..

syukur alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan.
HishamMB said…
Salam.

Tahniah atas semua kejayaan dan nikmat yang semua rakan2 (dan saya juga) terima, kesemuanya pemberian ALLAH jua.. Sesungguhnya ujian nikmat itu lebih berat dan hebat berbanding kesakitan dan kepayahan..

WALLAHua'lam.
Sdr. Hisham. Memang betul, ujian kesenangan paling merbahaya sebab kita mudah lalai dengannya.

Popular Posts