Bengkel Research di UiTM Negeri Johor

Saya dan Intan bertolak ke Segamat selepas habis kerja hari jumaat. Petang juga. Perjalanan ke Segamat kali ini berlainan sedikit. Apa dia? Kali ini kami pandu Bestari, Cevy kami tinggal untuk temankan rumah. Nak tengok macamana kemampuan kereta ni menghadapi jalan bengkang-bengkok tangkak. AlhamduLillah semuanya selamat. Kami diberikan bilik khas di salah sebuah hotel di Segamat. Keesokan harinya saya dan Intan ke UiTM Negeri Johor dan bertemu dengan rakan lama. Upacara dirasmikan oleh Pengarah UiTM Prof. Muhd Kamil. Lepas majlis rasmi, terus saya promote IID kepada semua peserta yang rata-ratanya bekas pelajar saya dan beberapa orang pensyarah CITU. Cakap fasal Syeikh Muzaffar la, dan macam-macam untuk naikkan semangat depa untuk joint IID. Itulah tugas saya di IRDC, macam menteri penerangan tak rasmi. AlhamduLillah, bagi saya semuanya berjalan lancar. Sessi kedua pula, diteruskan dengan penyampaian oleh Tokoh Maal Hijrah, Prof. Dr. Ahmad Yusof Othman, UKM. Lepas tamat bengkel, saya balik ke hotel. Esoknya saya dan Intan, terus ke Kampung Jawa, nak pekena soto nasi dan tempe goreng. Dah kenyang, terus ke rumah ustaz saidin, bincang sedikit pasal IID 2008. Bila waktu dah suntuk, saya terus balik ke Shah Alam. Hajat nak singgah air terjun gunung ledang, tapi tak jadi, sebab mata dah mengantuk betui...InsyaAllah lain kali.

Comments