Internationalisation
Internationalisation, begitulah tema UiTM bagi tahun 2008. Banyak perkara yang perlu kita lakukan bagi menaikkan nama UiTM diperingkat antarabangsa. Begitulah kata-kata Datuk Seri VC, pagi tadi sempena amanat beliau bagi tahun 2008. Untuk naikkan ranking universiti, semua kena ada brand international. Apa tu? Research perlu dibuat collaboration dengan orang luar, article perlu diterbitkan dalam international refereed journal, lagi bagus terbit dalam impact factor journal outlets, dan international students pun UiTM perlu ada. Kalau tak ada pelajar asing, markah kira zero. Tak berapa bagus. Patut la dalam dua tiga menjak ni, nampak ramai betul pelajar asing di UiTM. Dalam kelas saya ada seorang pelajar Afganistan. Dulu kita tak pernah tengok ramai pelajar luar. Kalau tak percaya, lihat waktu lepas solat jumaat. Ramai pelajar ni, dok berkumpul satu tempat. Pakat dok berpeluk sakan diantara satu sama lain. Ada juga pelajar Melayu yang cuba joint, walaupun dari tadi kita nampak dia mengangguk-angguk antara faham dan tidak faham sewaktu semua pak arab ni ketawa! Mungkin dia faham bahasa arab la tu, sikit-sikit. Semua bangsa ada kat UiTM, terutamanya bangsa arab saudi, yaman, libya, indonesia, bosnia and etc. Mungkin tak lama lagi UiTM dah jadi macam keadaan di MMU, UIA atau Lim Kok Weng. Lebih 60% aje foreign students. Bagus juga bila ada pelajar asing sebab kita akan cuba bersaing dengan mereka. Baru la perform. Bila teringatkan suasana di kampus UIA atau MMU, kita boleh berangan dok study kat overseas dalam summer. So, InsyaAllah semua akan internationalisation...baru dapat taraf RU nanti.
Comments