Siapa minat tengok cerita Korea
Lawatan ke Korea, telah membawa saya ke istana lama mereka. Di Seoul saja ada berpuluhan buah istana lama, tidak berpenghuni, sebab raja Korea telah dibunuh oleh orang Jepun. Kalau nak tahu, istana ini masih berfungsi-hanya sebagai tempat pengambaran. Ala, cerita Korea yang selalu tayang di Malaysia tu. Heh, tak termasuk Winter Sonata sebab cerita cinta ni depa buat kat pulau. Kalau cerita yang ada main pedang-pedang dengan pakai topi koboi tu, memang sah banyak depa buat filem di istana sekitar bandar Seoul. Pakaian depa pun macam zaman dulu-kala. Misai panjang, bulu kening panjang, dan gigi bersih. Kalau diikutkan, seram juga tengok istana ni sebab, tak ada orang langsung. Kalau berani tinggal sehari semalam, macam cerita seekers tu. Boleh kena rasuk nanti. Buatan istana ni cantik, menarik, dan asli. Kayu istana masih teguh dan biasanya kayu ni disapu dengan cat yang terang-warna merah, hijau dan kuning. Tak tahu kenapa tak bubuh color biru laut dan electric blue. So, siapa minat nak tengok cerita Korea, yang ada main pedang-pedang dan ada topi cowboy, sila datang ke Seoul, boleh tengok tempat kat mana depa buat filem.
Comments