IID Sudah Mari!


Apa dia IID? Jangan risau atau bimbang sebab IID bukan boleh makan anda, atau dimakan anda. IID hanya pertandingan rekacipta, Inventions, Innovations and Designs yang membariskan banyak produk penyelidikan UiTM. InsyaAllah, IID akan diadakan bermula 25-27 Mac 2008 bertempat di Dewan Annexe dan Dewan Sri Budiman. Kali ini IID perlu dibayar iaitu RM50 bagi staff manakala RM25 bagi pelajar. Tarikh tutup 15 Februari 2008. BAYARAN PERLU DIBUAT DENGAN CARA PO/MO/CHEQUE KE ATAS NAMA BENDAHARI UITM. Tempat terhad, sapa cepat dia dapat. Borang penyertaan boleh didapati dengan melayari portal http://www.irdc.uitm.edu.my/. Kalau tak faham macamana nak bertanding, or nak tahu kategori pertandingan, sila ke portal yang maksudkan di atas. Kalau tak susah nanti, sebab takut masuk salah kategori ke, atau salah masuk pertandingan. Kalau nak merasa melawat Switzerland, Belgium, USA, Germany, Korea, Russia, UK dan Malaysia, sila masuk dan bertanding di IID tahun ini. Kalau tidak, menyesal, sebab nanti kita kempunan, dapat tengok kawan-kawan kita main ski dan makan buah epal fresh! Rebutlah peluang ini. Hah tu dia, IID sudah mari!

Comments