Prof. Kenneth P.Morse-MIT Entrepreneurship Center Director
Zaidi, wakilkan saya ke perjumpaan dengan Prof Kenneth P.Morse di Hotel Maya, Kuala Lumpur esok, 5.30 ptg. Begitulah permintaan Prof Azni. Saya bersetuju kerana ini peluang saya untuk berjumpa dengan 'orang-orang besar' universiti. Saya pergi awal, selepas solat jumaat. Bukannya apa, sebab saya tak berapa mahir dengan jalan di sekitar KL. Bila sampai di Jalan Ampang, saya dah jadi kelam-kabut sebab tak nampak menara Tabung Haji. Sepuluh tahun dulu, senang aje nampak tabung haji, tapi sekarang, tak nampak apa langsung! Terlindung dengan bangunan lain agaknya. Bila lama dah, saya tahu, jawapannya sesat. Bila sesat kena tanya. So, saya masuk ke stesen minyak, tanya kat sana. Abang patah balik dan terus jalan sampai nampak Hotel Maya. Saya pun terus lipat kereta, patah balik, jalan jam teruk. AlhamduLillah, saya sampai di Hotel Maya, seawal pukul 4 petang. Lepas dapat parking saya tinjau-tinjau kawasan hotel. Duduk sampai masuk Asar. Pukul 5.30 ptg saya dah berada di Ballroom 2 dan kelihatan beberapa orang Prof yang mewakili universiti masing-masing. Prof. Madya Dr. Noraini pun ada. Tak ramai yang hadir, hanya wakil UiTM, UMK, UNITAR, UPM dan UTP. Prof. Datuk Dr. Hassan, Ketua Pengarah, Kementerian Pengajian Tinggi jadi chair hari ini. Perbincangan tak lama, cuma nak adakan collaboration dengan MIT bersama IPT Malaysia. Perbincangan tamat pukul 7.00 malam. Lepas dinner saya balik ke Shah Alam. Pengalaman yang manis buat saya yang junior ini...
Comments