Segar..Amat

Segar..Amat, sebenarnya begitulah asalnya nama segamat, terletak di Johor hanya 45 minit perjalanan dari bandar Ayer Keroh, Melaka melalui pekan kain/langsir/cadar terkenal (utk orang pompuan?) Tangkak. Kalau anda seorang kaki panjat bukit @ gunung, tempat ini sesuai sebab di sini terletaknya gunung famous-Gunung Ledang. Saya pernah tawan puncak Gunung Ledang, masa tu tingkatan 2. Lama dah. Kalau sekarang tentu pancit, dah tua. Badan dah 'lusuh'. AlhamduLillah, walaupun tak sehebat dulu, saya masih boleh bergerak ke sana ke mari. Kalau anda nak tahu, macam-macam benda ada kat atas gunung tu. Apa dia? Kalau nak tahu sila panjat dan cari apa dia, menarik. Ada sedikit clue-buaya putih, tapak kaki Hang Tuah...etc!
Saya dan Intan akan ke Segamat, InsyaAllah pada hari jumaat ni dan akan bermalam di sana. Keesokannya InsyaAllah ada bengkel research. Part saya hanya waktu pagi sampai tengahari. Plan kami nak bermalam lagi di Segamat. Nak tunggu sampai pagi ahad. Biasala, nak pekena soto kampung jawa. Lepas tu, InsyaAllah saya akan singgah di Bayu Beach Resort, Port Dickson, untuk present Invention competition anjuran CITU. Saya cuba pukul 11.00 pagi ustaz. Saya cuba ye! Terang saya kepada Ustaz Dr. Mujaini, Pengarah CITU tempoh hari. Intan hanya tersenyum aje, dan saya tahu dia teringin nak sangat pekene tempe dan soto kampung jawa...

Comments