Bila ketagih

Source: www.thewritersworkshop.net/classes_fiction.htm
Sebut aje ketagih, mesti kita terbayang orang yang kurus kering sedang cucuk jarum kat diri sendiri, doktor tu. Tapi ketagih saya tak sama macam depa. Bila ketagih-menulis, saya akan terus gian menulis. Tulis buku, tulis artikel, tulis soalan, tulis atas whiteboard termasuk tulis proposal, etc. Nak melepaskan ketagih ni, bukannya senang, sebab masa ada, tapi kita buat-buat masa tak ada. Kebetulan, bilik saya di fakulti masih 'kurang' ada, so, nak menulis dengan kusyuk kadangkala melalui jalan paling buntu. Tapi, AlhamduLillah, baru ni, sempat juga saya tulis dua-tiga artikel untuk dihantar ke ISI-ranked jurnals, dan international conference. Ada beberapa manukrip tak siap dalam perkiraan untuk dihantar ke UPENA. InsyaAllah saya akan cuba siapkan dalam tahun ini. Menulis ini kena ada perasaan sabar, dan enjoy. Matlamat menulis juga kena betul. Bukannya untuk jadi ikan gelama (glamour), kaya atau riak, tapi untuk mengembangkan dan berkongsi ilmu dengan yang lain. Mungkin dengan sedikit ilmu yang kita ada, dapat membantu orang lain. So, bila ketagih, sila menulis...

Comments

Popular Posts