Berjumpa ex-pensyarah


Saya agak bertuah sebab berjumpa dengan dua orang bekas pensyarah. Kedua-duanya merupakan pelajar baru peringkat PhD di Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM. Pada mulanya saya agak segan untuk bertanya, tetapi, memang sah, itulah bekas pensyarah saya. Agak lama tak berjumpa, dah dekat 10 tahun. "Puan nak buat topik apa?" Ala zaidi ini, tak perlu berpuan-puan lagi, panggil akak aje...Malu juga saya nak berbahasakan akak, tapi itu dah kira permintaan, so, saya gunakan perkataan tu. AlhamduLillah, sikit-sikit saya cuba tolong. Kalau kena dengan topik yang hendak dibuat rasanya, saya boleh bantu. Seorang daripada mereka hendak concentrate dalam service quality dan seorang lagi akan focus dalam education economy. Tadi, bekas pensyarah saya berhajat nak berjumpa dengan Intan, so saya bawa mereka berdua pusing kampus UiTM untuk tunjukkan office saya dan seterusnya berjumpa dengan Intan. Meriah juga bila mana anak murid berjumpa dengan bekas pensyarah. Hah sekarang kita jadi anak murid Zaidi, dulu dia jadi anak murid kita...saya hanya tunduk malu...

Comments

iEn said…
selamat belajar.. amboi.. sempat lagik cilok gambar tu hehe!
ien...saya dah quote gambar tu. Oh ya...gambar tu you ambil or cilok juga...

Popular Posts