MTE bermula
Pagi-pagi lagi saya dan Intan bergegas ke KL, pukul 7.30 pagi. Hari nampak cantik dan sesak dengan kereta. Kereta kami tersekat di Plaza Tol Bukit Jelutong. Kereta terlalu banyak dan bersesak sampai beberapa kilometer. Bila sampai di Jalan Duta, keadaan lagi teruk. Kami terperangkap dekat-dekat 45 minit. Bila sampai di Jalan Kuching, keadaan baik sedikit. Bila sampai di PWTC, parking pula nampak penuh. Kami sampai di PWTC tepat-tepat pukul 9.00 pagi. Intan keluar dahulu untuk siapkan booth. Saya pun melilau cari parking. AlhamduLillah, ada parking di L5. Bila sampai di booth UiTM, semua peserta bersiap sedia. Dari jauh saya dah nampak kelibat Prof. Dr. Suhaimi, Dr. Jamaluddin, Dr. Wan Yunus, Dr. Wan, Prof. Dr. Zainab, Prof. Dr. Lee Pat Moi, Tommy, Shamsuddin, Prof. Dr. Normah, Dr. Ruzainun dan lain-lain yang muka biasa dalam pertandingan rekacipta. Judges kami datang awal ke booth. Habis judging, kami berehat sambil sarapan pagi. Ada yang tak kena dengan judging tadi. Saya nampak Intan tak berpuashati. Saya setuju. Bila lunch, saya keluar ke Lot 10 dan balik ke PWTC dalam pukul 2.00 petang. Abang, ada judge nak datang lagi...sila ambil kot kat kereta. Saya pun balik ke parking lot dan capai kot. Lepas tu balik ke booth. Dekat pukul 5.00 petang, datang seorang judge dan bertanya mengenai produk kami. Dia mencatatkan sesuatu. Ni penting ni, untuk lawan apa yang dua judges tadi bagi markah. Saya dan Intan hanya mengangguk kepala aje. Menang? Tak tahu...hanya menunggu keputusan yang akan dibuat pada dinner esok hari...
Comments