Malaysia Technology Expo 2008

Malaysia Technology Expo (MTE) akan bermula esok, dan saya akan ke PWTC pada petang ini. Ini merupakan penampilan saya dan Intan untuk kali kedua. Kontigen UiTM agak besar juga termasuk rakan-rakan di Fakulti Perakaunan. Tak banyak preparation untuk dibuat kerana semua bahan telah ada. Teringat lagi masa dulu, bila kami mula-mula masuk pertandingan rekacipta, sibuk, tak kenal erti siang-malam untuk prepare brosur, poster dan bahan bercetak lain. Siap pergi cybercafe untuk design cover CD. AlhamduLillah setelah beberapa lama, kami berdua dah biasa dengan rutin pertandingan rekacipta. Kebanyakkannya kami buat sendiri, sampai brosur dan buku manual kami print dan staplekan sendiri. Lama-lama dah biasa, lagu tu la. Saya dan Intan mengharapkan doa serta sokongan daripada rakan. Seperti biasa rakan akrab Kak Kie dan Ustaz Saidin dah ucapkan selamat berjaya, bawa gold nanti. Saya dan Intan hanya berusaha dan mencuba nasib, tengoklah apa hasilnya nanti...

Comments

Popular Posts