Demam

Tengahari kelmari Allah uji kita dengan hari yang sangat panas. Rasa kering tekak, dan kalau boleh nak mandi ais aje. Bang...42 C sekarang ni, Intan tunjukkan paras suhu dalam kereta Pegeout Malaysianya tu. Hah la, patutlah panas betul. Masa tu saya dah rasa tak sedap badan sebab, macam nak demam. So, untuk lunch, saya pesan buah kelapa, untuk sejukkan badan sedikit. Bila balik ke kampus, badan masih maintain...panas dalam. Saya pun terus ke Fakulti untuk bertemu dekan dan rakan-rakan PhD. AlhamduLillah semuanya ada, termasuk Abg Sam, yang sememang nampak begitu ceria sebab PhDnya semakin tamat. Sekarang ni aku tengah dok buat editing, InsyaAllah lepas Tahun Baru Cina, dah boleh buat submission, begitulah kata-kata Abg Sam, yang saya tahu sebagai hardcore dalam kerjanya. Saya doakan kejayaan Abg Sam untuk bergelar DR. Masa tu ada kak zie, kak yus, kak zaini dan cicin. Kak zie tak berapa sihat, kak yus sibuk dengan LR, manakala kak zaini dah nak balik ke rumah sebab takut jalan sesak. Lepas berbual lebih kurang saya pun balik ke pejabat. Waktu pulang ke rumah singgah sekejap di Klinik panel Dr. Noraini Seksyen 8...ialah zaidi, awak nak demam...kena banyak rehat, ye. Darah you tinggi juga! Okay Dr. saya balik dulu...demam rupanya...

Comments