Moscow dan Geneva


Tahun ini merupakan tahun yang bersejarah bagi UiTM kerana, inilah julung-julung kalinya UiTM menghantar pasukan inovasinya ke Moscow, Russia. Bersama kumpulan ini pula, UiTM juga menghantar satu lagi pasukan ke Geneva, Switzerland. Tarikh pertandingan memang dekat. Kalau tak silap saya, pertandingan di Moscow berlangsung awal sedikit dari Geneva. Tersenyum aje semua peserta yang terpilih ke pertandingan ini. Memang semangat berkobar-kobar mereka semua. Apa taknya rata-rata di antara mereka ni merupakan penglibatan pertama dalam pertandingan rekacipta antarabangsa. Ada seorang dua yang memang dah kerap ke pertandingan antarabangsa. Apa pula tak seronok, pertama dapat wakil Malaysia, keduanya boleh dapat pingat inovasi antarabangsa dan ketiganya boleh buat lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah, zoo (i.e. tengok tapir, harimau russia dan swiss) dan air pancut bomba geneva!. Tugas membawa peserta ke Moscow diketuai oleh PM Rosli manakala ke Geneva di kepalai oleh Dr. Radiah. Saya yakin UiTM mampu membuat kejutan lagi, InsyaAllah. Saya doakan kejayaan yang berganda bagi UiTM, di Moscow dan Geneva. UiTM Boleh!

Comments