Semangat Invention

Kelmarin, saya bergegas ke Fakulti untuk memberikan penerangan penting mengenai IID dan pertandingan rekacipta. Laman perbentangan tak berapa jahuh dari fakulti, tingkat satu, PTAR 2. Peserta bengkel ini berhasrat untuk mengetahui dengan mendalam mengenai IID dan bagaimana nak membawa pulang pingat. Saya mulakan dengan beberapa slides presentation dan terus buka kepada soalan. Banyak juga input yang kami perolehi. dalam masa yang sama peserta mengisi borang IID, terutamanya bahagian abstract. AlhamduLillah, hasil dari bengkel ni, saya menjangkakan 3-4 produk akan dipertandingkan. Saya juga mendapat lamaran daripada satu kumpulan dan saya terima dengan hati yang terbuka. Saya bersyukur kerana telah ada semangat invention dalam fakulti. InsyaAllah pada masa akan datang, diharapkan semuanya akan terus bersemangat untuk berinovasi. Terima kasih kepada Puan Rashidah, Prof. Dr. Faridah dan rakan-rakan yang membantu menjayakan bengkel ini.

Comments