Selamat Pengantin Baru

Semalam, saya dan Intan ke Tanjung Karang, Selangor. Ini merupakan pertama kali saya ke sana untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan staf IRDC, Encik Izan dan pasangannya. Tahniah, semoga bahagia ke anak cucu. Sebagai 'pelancong' saya dan Intan meredah Klang menuju ke Utara. Jalan di sini agak besar dan masih under-construction. Masih banyak rumah kampung, begitu tenang sekali. Paling menarik, di kawasan ini banyak pokok kelapa. Mungkin buah kelapa di sini murah berbanding harga di Shah Alam. Terasa dahaga bila teringatkan 'nyok muda'. Perjalanan dari Klang ke Tanjung Karang tidak jemu sebab, jalan tak sesak dan selesa. Ditepi jalan dah ada bendera parti-parti yang akan bertanding di pilihanraya akan datang. Mungkin lepas penamaan calon, akan bertambah rancak perang bendera dan poster nanti. Untuk ke rumah Izan, mengambil masa satu jam lebih. Bila tiba di perkarangan rumah pengantin, dah ada keluarga IRDC di sana, termasuk Prof. Dr. Azni dan Din bersama isterinya. Lepas makan, kami semua bergambar. "Abang jom kita ke rumah Nureen."Okay...jawab saya ringkas, dan saya terus memecut ke Puncak Perdana untuk menjenguk anak saudara Intan...

Comments