Kenangan di Terengganu
Saya, Dr. Jasmi, Dr. Ros dan Dr. Hanafiah bertolak ke KLIA tepat pada pukul 11.30 pagi. Prof. Dr. Azni akan menyusul kemudian sebab beliau ada kelas pada petang Rabu. Dr. Radiah tidak dapat hadir sebab masalah kesihatan manakala PM Rosli juga tidak dapat hadir disebabkan ibunya sakit. Dah naik kapalterbang, saya duduk dengan seorang korporat, iaitu Dato' Khalil Hussain, Executive Chairman Suria Resorts. Kami banyak berbincang hal-hal semasa. Perjalanan itu jadi tak boring sangat. Kami sampai di Lapangan Terbang Kuala Terengganu baru pada pukul 3.20 petang. Masa tu cuaca baik dan panas sekali. Kami disambut pemandu UiTM Terengganu dan beliau terus memecut van Toyata baru ke Pantai Burok untuk makan petang. Di sana kami menikmati udara pantai sambil makan keropok lekur. Perjalanan ke Dungun memgambil masa selama 1 jam lebih sedikit. Dalam perjalanan ke Dungun, saya dapat lihat masjid kristal sederet dengan bangunan lain yang sememangnya amat cantik sekali. Lokasinya pun amat sesuai kerana terletak di tepi sungai. Sampai di Dungun, saya dan rakan-rakan tinggal di hotel UiTM yang bersebelahan kampus UiTM Terengganu. Lagi best, kami 'diperuntukkan' satu bilik seorang. Agak selesa, ruang yang agak besar. Keesokkan harinya saya dan rakan-rakan ke kampus dan memberi taklimat. Ada cerita sikit, bila kami masukkkan pen drive ke laptop, habis semua kena gigit dengan virus. Bila buat 'clean' habis file hilang. Kelam kabut juga. Bertukar-tukar laptop. Last sekali ada magic sedikit, semuanya dapat buat pembentangan dengan baik. Saya bercakap fasal IRES, MalimSarjana, ResearchSea dan Perseus selama 40 minit. AlhamduLillah semuanya berjalan dengan baik. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di pasar payang untuk beli baju kelawar isteri. Keropok dan lain-lain dah ada, so beli sedikit aje. Terengganu, memang Allah anugerahkan dengan kecantikan semulajadi...
Comments