Komen editor buku UPENA

Dr. Zaidi, komen dari editor bagi buku Selection of Research Papers in Social Sciences and Management, Vol. 2 dah ada, Nah...ini dia. Saya pun ambil naskah manuskip beserta komen editor dari staf UPENA. Saya belek satu persatu komen editor berkenaan. Dibaris akhir maklumat editor, tertulis-"Secara keseluruhan, kertas-kertas kajian ini layak dipertimbangkan untuk terbitan". AlhamduLillah, manuskrip ini diterima. Koordinator Sains Kemanusian, Ustaz S.Slahudin Suyurno, tersenyum aje melihat saya, bila saya tersengih sendirian. Apa lagi terus saya hantarkan berita gembira ini kepada rakan-rakan penulis, Oswald, Baharin, Shikin, Dr. Noormala, Zatul dan Kak Zarina melalui internet. Saya yakin, rakan-rakan ini akan tersenyum lebar, setelah berhempas pulas menyiapkan manuskrip ini. Dalam hati saya, InsyaAllah keluar lagi buku kami. Semangat untuk menulis terus membara...begitula...

Comments

Anonymous said…
Great work.

Popular Posts