Bengkel IID 2008

AlhamduLillah, semenjak bertukar ke UiTM Malaysia, kerja saya banyak tertumpu pada memberi ceramah dan penerangan mengenai penyelidikan dan pertandingan inovasi. Baru-baru ini Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan menjemput saya sebagai penceramah di bengkel IID 2008 yang InsyaAllah akan berlangsung pada hari Isnin 11 Februari 2008. Kebanyakkan pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan amat bersemangat untuk bertanding di IID 2008. Walaubagaimanapun, mereka masih kurang jelas mengenai pertandingan ini. Oleh yang demikian, bengkel ini diadakan bagi menjawab semua persoalan mengenai IID dan lain-lain pertandingan rekacipta. Buat masa sekarang, penyertaan dari Fakulti Pengurusan Perniagaan amat menyerlah sekali di mana terdapat lebih daripada 13 produk yang akan dipertandingan di IID 2008. Harapan saya semoga semua peserta akan beroleh kejayaan, InsyaAllah. Oh ya, tarikh tutup IID 2008 pada 15 Februari 2008, so kepada sesiapa yang masih belum menghantar borang IID, sila cepat-cepat hantar borang berkenaan ke sekteriat IID di IRDC, dan jangan lupa bayar RM50 di pejabat Bendahari Zon 17 (sebelah IRDC aje). Selamat Berinovasi...

Comments

Balkish said…
Zaidi,

camana dgn I and kawan2 kat oversea ni..nak jugak dapat idea about invention research...camana ye..thanks
Kalau nak buat invention kena fikir produk kita boleh improve ROI syarikat dan masyarakat. Itulah yang dinamakan commercialisation

Popular Posts