Pelajar berbakat

Dalam semester ini, saya menerima 8 orang pelajar industri, yang mengkehendakkan saya untuk membuat lawatan serta menyelia project paper mereka. Di kalangan pelajar ini, saya kagum dengan skill serta kebolehan penulisan mereka kerana ada yang mencapai tahap penulisan master dan PhD. Mungkin agak extreme bila saya mengatakan begitu, tetapi mereka ini pelajar yang baik dan mampu menjadi researcher yang cemerlang. Pelajar bachelor ini mampu menghasilkan model yang baru dan bagi saya ianya amat sesuai untuk dihantar sebagai artikel dalam jurnal terkemuka antarabangsa. Saya hanya menyediakan mereka beberapa artikel, buku research serta thesis-thesis master dan PhD sebagai bahan rujukan. Nampaknya strategi ini berhasil. AlhamduLillah, itulah yang saya harapkan, kerana kejayaan pelajar ini merupakan kejayaan saya juga. Saya berdoa semoga pelajar ini berjaya menamatkan pengajian dan terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Begitulah azam kita untuk menjadikan UiTM sebagai Research University dan seterusnya sebagai APEX university, InsyaAllah...

Comments

Salam Dr Zaidi,
Boleh beri contoh-contoh PHD yang baik untuk dijadikan rujukan?
Sdr. Halim saya ada contoh thesis yang baik iaitu Prof. Dr. Fauziah Nordin (Methodology-baik)(Australia) dan PM Dr. Hashim Muhd Kamil (Literature-baik)(UPM).

Popular Posts