Bertemu Bekas Penyelia

Macam saya ceritakan, sewaktu viva-voce Pn. Kalsom, saya bertemu kembali dengan bekas penyelia PhD. Dah agak lama saya tak bertemu dengannya. Hampir 1 tahun. Lepas makan tengahari, saya bawa beliau menggelilingi kampus UiTM, dan beliau kagum dengan pembangunan yang ada di sini. Semasa menikmati alam-founa di dalam kampus, kami banyak berbual pasal, publication. Beliau tak berhenti-henti untuk menulis dengan saya. Memang kami kerap berhubung melalui e-mail, tetapi tidak bertentang mata. Saya pernah ingat nasihat beliau bahawa, perhubungan antara penyelia dan pelajar PhD ibarat, 'hubungan suami-isteri; iaitu perlu ada kepercayaan dan saling faham-memahami, begitu. Begitu juga beliau membangkitkan isu itu kepada Prof. Dr. Syed Noh semasa makan tengahari semalam. Seperkara lagi, beliau amat mengambil berat pasal penerbitan sewaktu dalam pengajian PhD. Bagi beliau, pelajar PhD perlu menerbitkan sekurang-kurangnya 3 artikel semasa pengajian. Kalau tidak, tiada nilai katanya. Begitulah kata-kata nasihat bekas penyelia saya yang pernah viva-voce di Harvard University, USA.

Comments

Popular Posts