Blog Punya Hal
Kenapa anda menulis dalam blog? Setiap orang ada objektif masing-masing dan kadang-kadang pula tulisan blog itu dianggap oleh pembaca sebagai alat untuk memegahkan diri penulis. Susah juga ye, sebab ada pembaca yang iri hati dan suka buruk sangka pada penulisan yang dibuat sebelum ini. Betullah seperti mana kebanyakkan orang mengatakan bahawa, manusia sentiasa mencari kesalahan orang dan tidak nampak kejahilan diri. Lebih berat lagi kalau insan ini sentiasa menulis atau mengatakan benda yang baik-baik tetapi dari segi amalannya jauh dari apa yang ditulis/dikatakan. Bagi saya, blog adalah medan mengasah bakat menulis disamping untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama pembaca. Blog juga saya khususkan untuk menyebarkan maklumat berkaitan penyelidikan, pembelajaran PhD, pengalaman pembentang seminar, pertandingan rekacipta dan "vacation". Adakah perlu saya terus menulis atau menutup terus blog ini? Apa pendapat anda?
Comments
Teruskan menulis. Banyak maklumat yang saya perolehi dari blog ni. Jangan risau apa orang nak kata. Yang penting Dr. ikhlas menulis untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan.
Blog Dr sangat bermanfaat untuk mencetus dan mencucuh semangat saya untuk terus berusaha. Blog Dr memberikan saya benchmark untuk saya kejar. Teruskan! Ia bermanfaat untuk beginners seperti saya!!
Saya telah menjumpai blog ini, semasa sedang menjelajah di alam siber. Saya sedang berada di UK utk pengajian Phd saya. Saya memang mencari blog sebegini untuk mencari semangat untuk meneruskan pengajian.
Doakan saya semoga berjaya.
Salam Pengenalan
Teruskan usaha Dr. Tak ramai orang nak share knowledge. Saya banyak dapat panduan drp blog Dr. Saya sekarang sedang buat Phd. dalam Knowledge Management focusing on knowledge sharing.