Viva-Voce
Setelah thesis diperiksa oleh penyelia, maka proses seterusnya thesis akan dinilai oleh penilai luar. Jangkamasa penilai luar menilai thesis adalah bergantung kepada mereka sendiri. Ini adalah kerana mereka adalah professor dan lazimnya mereka sangat sibuk. Kalau anda bernasib baik, anda akan mendapat jawapan hanya dalam masa 3 minggu aje, dan kalau tidak, perlulah anda kena tunggu sampai enam bulan, satu tahun....etc. Keputusan penilai luar tidak akan terus diberikan kepada pelajar PhD. Pelajar PhD akan dipanggil untuk 'temu-bual' atau viva-voce. Sebelum viva-voce, keputusan penilai luar akan dibaca oleh pengerusi viva-voce didepan panel viva-voce. Anda sendiri tidak tahu keputusan ini kerana bacaan keputusan dibuat sebelum ada masuk ke dalam bilik viva-voce. Lepas satu minggu anda akan tahu keputusan samada anda dalam kategori minor, major correction atau fail. Ada juga rakan-rakan saya yang mendapat keputusan tidak rasmi, selepas selesai membuat pembentangan. Oh ya, pengalaman menerima surat untuk viva-voce memang menarik. Bila dapat surat dari postgraduate department, hati dah mula kecut dan anda mungkin tak senang duduk diam. Ke hulu ke hilir. Masa itu masa paling serious. Anda akan terus belek-belekkan kembali thesis yang anda tulis. Mula kelam-kabut siapkan slide-show, tanya penyelia. Kena pula penyelia kata, sila buat sendiri, lagilah kecut anda lagi. Teringat pula, ada rakan yang bagitau saya, bila nak viva-voce, dia pakat sembahyang hajat satu keluarga. AlhamduLillah itu satu petua yang baik. Kejayaan kita ditentukan oleh Allah. Berapa lama viva-voce? Ikut nasib juga. Ada rakan-rakan yang kena sampai satu hari, 3 jam, atau 1/2 jam aje. Ada universiti yang tak ada viva-voce langsung. Bergantung kepada polisi universiti. Bila viva-voce, penyelia anda dibenarkan masuk bersama anda dalam bilik berkenaan, tetapi hanya sebagai 'pemerhati' dan tidak boleh campur tangan semasa sesi soal jawab dijalankan. Pembentangan juga bergantung, ada yang mengkehendakki pelajar PhD sediakan slide, dan ada yang tak payah bawa apa-apa. Main lenggang-kangkung aje. Selain dari itu, anda tak perlu bimbang jika anda sudah menerbitkan beberapa buah artikel/menerima pingat penyelidikan/menerbitkan buku yang berkaitan dengan PhD, InsyaAllah panel akan mengambil kira semua itu. Kalau ada semua bahan ini, sila bawa semasa viva-voce. Silap-silap, naik gerun panel pula. Satu perkara lagi, jawapan anda semasa viva-voce perlulah berdasarkan kajian yang dibuat, dan jika panel bertanyakan soalan yang 'merapu' anda boleh membalasnya dengan polite, mengatakan topik kajian anda hanya merangkumi bahagian tertentu sahaja. Bila menjawab cuba anda quote-kan nama-nama penulis bagi menguatkan hujah anda. Sebagai contoh, Sekaran (2003) mengatakan jumlah responden perlulah....Jika anda berbuat demikian, maka panel akan berpuas hati kerana setiap hujah anda kerana ianya disokong dengan pendapat lain yang sama dengan pendapat anda. Paling penting be polite dan jangan 'melawan' hujah dengan panel. Apa macam, dah ready untuk viva-voce?
Comments