Pembentangan Proposal PhD
Saya menghadiri pembentangan proposal PhD di fakulti. Lebih kurang 7 orang bakal calon PhD membuat pembentangan. Ada yang melakukan dengan baik dan sebaliknya. Saya lihat pada peringkat ini ramai yang masih tidak dapat membuat theoretical framework/conceptual framework dengan lengkap, termasuk menerangkan secara jelas problem statement dan issue of study. Saya faham, pada peringkat ini, kebanyakkan bakal calon PhD tidak begitu jelas dengan beberapa perkara penting yang telah saya bincangkan dalam 'entry' yang lepas. Sebab itu, bakal clon PhD perlu mengetahui dengan jelas 'contribution to new knowledge' yang terdapat dalam PhD. Jangan terlalu risau dengan tajuk PhD, kerana lazimnya tajuk ini akan berubah pada akhirnya. Kenapa contribution to new knowledge amat penting? Ia adalah merupakan soalan pertama yang akan ditanya dalam viva-voce nanti. Oleh yang demikian, contribution to new knowledge merupakan blood of PhD. Without blood, you cannot survive!. Perkara lain yang saya perhatikan ialah pembinaan theoretical framework, yang mana bakal calon PhD masih tidak memahami fungsi-fungsi pembolehubah (variable). Kadang-kala nama pembolehubah pun tidak begitu pasti apabila soalan ditanya sewaktu sesi pembentangan ini. Jika theoretical framework kita teratur, jelas dan disokong dengan rujukan dari kajian lepas, InsyaAllah, bakal calon PhD akan dapat menamatkan pengajian dengan selesa. Jika tidak...masalah betul. Kepada bakal calon PhD, saya doakan semoga berjaya dan menambahkan bilangan pemegang PhD di UiTM. Selamat Belajar.
Comments