Frankfurt, Germany
Lama tak update blog. Telefon masih berdering-dering. Buat masa sekarang, cuaca di Frankfurt, sederhana sejuk. Kadangkala mengigil juga bagi kita yang tinggal di kawasan tropika. Pejam celik, pejam celik, dah dekat 3 hari saya dan Intan berada di Quality Hotel. Hotel kami tidak berapa jauh dari pusat perhentian keretapi, dan betul tengah-tengah pekan Frankfrut. InsyaAllah saya dan Intan akan bertolak ke Rothenburg pada hari ini. Perjalanan ke sana akan mengambil masa 1 jam 45 minit dengan teksi, manakala 3 jam dengan keretapi. Di German sekarang, hari cerah cepat, dan waktu solat pun amat berbeza berbanding waktu solat di Malaysia. Sebagai contoh, masuk subuh pukul 2.57 pagi, manakala waktu maghrib pula pada pukul 9.00 malam. Kebetulan pula masa sekarang ini tengah kalut dengan Euro Cup 2008, keadaan di pekan Frankfurt, agak meriah sebab ramai penyokong fanatik di sini. Bukan bangsa Jerman aje, tapi ada bangsa Turki, bangsa Crotia, bangsa Italy dan bangsa Perancis. Waktu perlawanan bola sepak, semua penyokong akan pergi ke kedai makan dan berkumpul di sana. Setiap kereta merz. benz, audi dan BMW, penuh dengan bendera Jerman, Turki etc. Memang meriah waktu ini. Tapi yang peliknya, depa tak bergaduh sebab kebanyakkan penyokong fanatik ini warganeraga Jerman tetapi berbilang bangsa. Kalau Turki menang, bangsa Jerman turut sokong juga. Tapi slogan depa, German number one, Turky number two. Oh ya, masa saya menulis blok ini, rakyat Jerman, masih meraikan kemenangan peringkat kumpulan mengalahkan Austria. Bangsa Turki di Jerman memang ramai, so, makanan halal senang untuk dicari. Sebelah hotel kami, ada Jaffna market, ramai pengunjung dan pemilik kedai di sini berbangsa India. Sebab tu saya memang tak rasa tinggal di Germany langsung. Frankfurt bagi saya, adalah syurga untuk orang Asia!
Comments