Tahniah Puan Kalsom

Tadi saya bersama bekas penyelia di INTEKMA Resort, bagi viva-voce Puan Kalsom, Fakulti Perakaunan. Saya bukanlah panel, tetapi bekas penyelia saya merupakan salah seorang penilai luar bagi tesis Pn. Kalsom. Prof. Dr. Dennis Taylor, tidak hadir sebagai penilai luar. Di luar sebelum masuk ke bilik, saya berkata sesuatu kepada Pn. Kalsom; Kak tidak perlu berasa panik, InsyaAllah semuanya akan okay! Pn. Kalsom mengangguk sambil mulutnya tidak berhenti-henti membaca doa. Saya tidak mahu komen banyak, sebab kalau saya dalam situasi yang sama, tentu saya akan baca lebih banyak doa penenang hati. Viva-voce bermula pada 9.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Selepas selesai viva-voce, saya ingin menjemput bekas penyelia untuk makan tengahari, tetapi saya langkah kanan, sebab Prof. Syed Noh ajak saya bersama mereka untuk lunch. Bersama kami, Dr. Asmah, selaku penilai dalaman dan seorang Prof, pengerusi viva-voce (terlupa nama). Sambil makan, Pn. Kalsom dah mula senyum malah ketawa berbanding sebelumnya. AlhamduLillah, semuanya 'clean' dan beliau mendapat ucapan tahniah daripada Prof. Dr. Ibrahim Kamal. Tahniah Dr. Kalsom, bertambah lagi PhD holder di UiTM.

Comments

Popular Posts