Tajuk Kajian
Tajuk kajian sememangnya penting dalam menentukan samada kajian yang dijalankan mempunyai nilai. Nilai dari segi akademik dan PhD anda. Kenapa saya mengatakan demikian? Ini adalah kerana tajuk kajian akan memberi satu gambaran jelas tentang apa yang anda kaji. Melalui tajuk kajian juga kita akan dapat mengetahui apakah problems of study dan gaps of knowledge. Pernyataan yang jelas perlu di letakkan sebagai tajuk. Seperkara lagi, tajuk perlulah difahami oleh pembaca dengan sekali bacaan. Jika tajuk anda perlu dibaca berulang-ulang kali, maka ada sesuatu yang tak kena bagi KAJIAN yang dijalankan. Bagi examiner yang mahir, dengan membaca tajuk aje, mereka sudah mengetahu samada pelajar PhD berkenaan, bagus dalam penyelidikan atau sebaliknya. Kalau nak dibahasakan; jikalau tajuk sudah tidak difahami, apa entah lagi isi kandungan kajian! Memang terabur jawabnya. Oleh yang demikian, tajuk kajian perlu menggunakan bahasa yang mudah yang akan difahami oleh tukang kebun, penyanyi, pembuat roti, cikgu, professor dan tukang gunting rambut. Kalau boleh begitulah...Kebanyakkan tajuk kajian akan diperhaluskan, bilamana kita sudah menyiapkan segala urusan kajian. Pada mulanya kita akan mencadangkan satu tajuk kajian, tetapi akhirnya akan berubah mengikut hasil kajian atau berdasarkan pada literatur yang terbaru. Ada juga yang suka meletakkan tajuk kajian dengan perkataan 'and' (bukan tujuan untuk menyambung ayat) dan ini akan memberi maksud anda sedang memfokuskan kepada dua masalah. Oleh yang demikian, berhati-hatilah dengan penggunaan bahasa anda dalam menentukan tajuk kajian.
Comments