Syok sendiri

Begitulah perumpamaan bila kita terlalu taasub pada diri sendiri-syok sendiri. Tidak mahu dengar nasihat dari rakan-rakan PhD, penyelia atau sesiapa yang cuba komen/beri pendapat pasal PhD anda. Kadang-kala berlaku kepada bakal calon PhD. Minta maaf jika saya berkata demikian. Ini adalah kerana jika kita syok sendiri pada PhD yang kita sedang buat, maka jalan akhirnya-tidak siap. Kenapa saya berpendapat sedemikian? Phd perlu mengikut aturan dan mempunyai disiplinnya sendiri. Jika kita buat PhD dan terikut-ikut dengan cara penyelidikan jangkamasa pendek yang tidak mengikut aturannya, maka keputusan PhD anda akan berakhir dengan tidak tamat. Sebenarnya menjalankan penyelidikan yang betul akan membuatkan PhD anda pun betul. Maksud saya, jika kebiasaannya kita menjalankan penyelidikan sebelum ini dengan jelas menerangkan new contribution to new knowledge-gaps of knowledge, problem statement/research questions, aims of study, justifications of study, scope of study, operational definitions, methodology etc. dengan betul, InsyaAllah, PhD anda tidak akan mempunyai masalah. Sebab itu, terdapat beberapa universiti yang mewajibkan bakal calon PhD menghasilkan 2-3 kertas kerja penyelidikan, sebelum diterima sebagai calon PhD. Ada juga universiti yang mensyaratkan calon PhD menghasilkan 2-3 artikel dalam jurnal berimpak tinggi sebelum graduat. Kenapa mereka mensyaratkan sedemikian? Jawapannya mudah, anda betul-betul perlu mahir dengan asas-asas penyelidikan. Kenapa kita perlu mahir dengan asas-asas penyelidikan? Supaya kita tidak menjalankan kajian yang salah dengan memberi rumusan yang salah kepada pelanggan, sewaktu konsultansi dijalankan. Jika sudah ada PhD, maka khidmat konsultansi anda diperlukan. So, amatlah rugi jika anda sendiri kurang mahir dalam menjalankan penyelidikan sedangkan anda sudah berjenama Dr. Keduanya, jika anda seorang pentadbir universiti atau ketua jabatan sudah semestinya anda tidak mahu ada penyelia PhD yang tidak berapa mahir dalam penyelidikan, dan ini akan membebankan calon PhD dibawah penyeliaannya. Apa kata Prof. Emeritus Dr. George K. Chaco, salah seorang poengajar di MMU, berpendapat bahawa "hasil yang tidak bagus akan menghasilkan hasil yang tidak bagus juga." Bagaimana kita ingin tahu bagaimana penyelidikan kita itu bagus? Jawapannya mudah sahaja-dengan penerimaan anugerah penyelidikan seperti best paper di konferensi atau pingat di pertandingan rekacipta. Kertas penyelidikan anda akan disemak dan dinilai mengikut kriteria yang ditentukan oleh pakar-pakar bidang berkenaan. Sebab itu saya menasihatkan supaya bakal calon PhD supaya tidak, syok sendiri. Belajar dari rakan-rakan PhD lain, tanya penyelia, tanya sesiapa sahaja yang tahu pasal penyelidikan dan ikut nasihat yang berguna dari mereka semua. InsyaAllah kita tidak akan sesat jalan dan syok sendiri sampai bila-bila...

Comments

Anonymous said…
A nice article for you:
Gagal: Bukti Adanya Yang Maha Berkuasa, from:
http://www.roskiman.com/blog/
Roskiman, terima kasih.

Popular Posts