Berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin


Saya bertolak awal ke UiTM. Bukan untuk rebut parking, tapi untuk ke IOI Merriot di Putrajaya. Naik bas, kena pi awal, kut takut tertinggal bas. Ada bengkel potensi pasaran eksport buah-buahan Malaysia di Eropah dan Asia. Saya naik bas bersama-sama pelajar dan pensyarah lain. Katanya bas akan bertolak tepat jam 7.30 pagi. Biasa la jam ARAB, bas hanya bergolek tayar pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan ke hotel tu, tak lama sangat, hanya 30 minit aje. Sampai di sana, semua orang FAMA dah ramai, kot depa ni berkampung di sana. Pagi tu dah terhidang breakfast, so saya pun break le. Ada orang besar datang untuk rasmikan bengkel ni. Menteri Pertanian dan Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin. Sempat juga saya bergambar semasa beliau tengah dok makan bersama VVIP lain. Yang menariknya bengkel ini dibentang oleh 3 orang aje. Depa ni penyelidik UKM, UiTM dan kaunselor pertanian di Belanda. AlhamduLillah semuanya okay. Paling seronok bila terserempak dengan saing lama di UIA dulu. Wan Asmadi, demo kenal ambo ko? Kenal...tapi tak kenal, macam pernah jumpa, tapi di mana ye? ....ala di UIA...10 tahun dahulu...sambung Wan Asmadi, Managing Director sebuah travel agent.

Comments

Anonymous said…
Maaf saya komen sikit tentang entri 'parking kena ambil'. Saya memang tersentuh bila baca entri itu. Saya juga staf UiTM dan mengalami masalah parking terutama jika perlu mengajar di merata-rata bangunan di Shah Alam tu. Saudara memang bertuah kerana diberikan parking khas dan janganlah kerana insiden sedikit begini sudah marah, letih dan sedih.

Jawatan yang diberi kepada kita hanya sementara. Hilang ia maka nanti serupa orang lain-lah juga mencari parking.

Biarlah seperti rasmi padi, maka berisi makin tunduk..
Terima kasih anonymous. Saya bukannya lupakan diri, sebab jawatan itu tidak kekal dan sementara. Saya hanya menjalankan amanah yang Allah berikan. Yang berlainan di sini ialah tentang hak. Mesti ada sebabnya saya diberikan tempat khas untuk parking. Juga, apa komen saudara/saudari kalau parking pensyarah diambil oleh pelajar? Adakah kita riak dengan title pensyarah? Wallahua'lam
Anonymous said…
Parking dan UiTM Shah Alam adalah satu isu yang amat memeningkan. Malah baru-baru ini ada cadangan para pensyarah supaya dikenakan bayaran untuk parking khas mungkin dalam RM 30 sebulan. Jika ditanya pendapat saya, saya rela membayar hatta RM 50 sebulan kalau boleh mendapat parking khas. Terutamanya pensyarah yang mengajar servicing. Bayangkan, jika balik dari servicing di fakulti lain, cari parking hampir 40 minit, pusing UiTM tiga empat kali, parking semuanya penuh dengan kereta students, malah adakalanya kita baru nak masuk parking, kereta students meluru berebut dengan kita. Yang lebih penting bukannya kerana habis duit minyak pusing cari parking, tetapi kadangkala, kelewatan kita mencari parking menyebabkan beberapa urusan tergendala. Ada yang terlewat masuk kelas, lewat untuk mesyuarat dll. Itu belum lagi dikira nak kena berebut lif dengan students... Malah lif kakitangan juga penuh dengan students malah saya pernah panjat tangga 8 tingkat lantaran tak dapat naik lif kerana students yang tidak memahami hak kemudahan pensyarah. Malah adakalanya, manusia hanya mementingkan diri sendiri, parking menghalang kereta orang lain (tanpa sebarang contact no.), menyebabkan kesusahan kepada kita untuk menunggu berjam-jam. Parking khas umpamanya, diberi kepada seseorang adalah atas sesuatu sebab tertentu. Terutamanya jika anda seorang pensyarah yang memegang jawatan pentadbiran. Terkejar-kejar ke kelas, lepas kelas nak kena pergi meeting, jika parking diambil orang, sudah tentu menyusahkan dan mengganggu urusan orang lain yang menanti untuk berurusan dengan kita.Samalah konsepnya dengan parking khas orang cacat, cuma mentaliti rakyat Malaysia yang masih tidak mencapai tahap negara maju. Tidak menghormati hak orang lain....