Berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin
Source: tenagadalaman.wordpress.com/.../
Saya bertolak awal ke UiTM. Bukan untuk rebut parking, tapi untuk ke IOI Merriot di Putrajaya. Naik bas, kena pi awal, kut takut tertinggal bas. Ada bengkel potensi pasaran eksport buah-buahan Malaysia di Eropah dan Asia. Saya naik bas bersama-sama pelajar dan pensyarah lain. Katanya bas akan bertolak tepat jam 7.30 pagi. Biasa la jam ARAB, bas hanya bergolek tayar pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan ke hotel tu, tak lama sangat, hanya 30 minit aje. Sampai di sana, semua orang FAMA dah ramai, kot depa ni berkampung di sana. Pagi tu dah terhidang breakfast, so saya pun break le. Ada orang besar datang untuk rasmikan bengkel ni. Menteri Pertanian dan Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin. Sempat juga saya bergambar semasa beliau tengah dok makan bersama VVIP lain. Yang menariknya bengkel ini dibentang oleh 3 orang aje. Depa ni penyelidik UKM, UiTM dan kaunselor pertanian di Belanda. AlhamduLillah semuanya okay. Paling seronok bila terserempak dengan saing lama di UIA dulu. Wan Asmadi, demo kenal ambo ko? Kenal...tapi tak kenal, macam pernah jumpa, tapi di mana ye? ....ala di UIA...10 tahun dahulu...sambung Wan Asmadi, Managing Director sebuah travel agent.
Comments
Jawatan yang diberi kepada kita hanya sementara. Hilang ia maka nanti serupa orang lain-lah juga mencari parking.
Biarlah seperti rasmi padi, maka berisi makin tunduk..