Apa pelajar PhD perlu tahu

Pada entry yang lepas, saya membicarakan mengenai ciri-ciri yang perlu ada bagi penyelia. Anda juga perlu tahu apabila anda menjadi pelajar PhD, ada satu perkara penting. Jika anda seorang pelajar PhD, maka boleh dikatakan 95% kerja penyelidikan datang daripada anda, dan hanya 5% sumbangan dari penyelia. Apa maksud 95% kerja penyelidikan dari anda sendiri? Begini jawapannya. Kebanyakkan pelajar PhD masih terkeliru dengan cara belajar peringkat sarjana dan masih mengamalkannya untuk peringkat PhD. Mungkin diperingkat sarjana, penyelia akan banyak membantu dari tatacara menjalankan kajian, pengenalan kepada literatur, cara mendapatkan artikel dari online database, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, di peringkat PhD, anda sudah dianggap arif tentang selok-belok menjalankan kajian. Oleh yang demikian, anda akan 'bersendirian' atau bekerja secara 'independent' bagi menyiapkan kerja penyelidikan PhD. Jika ada masalah, barulah anda akan merujuk kepada penyelia. Penyelia jarang sekali akan mengajar, sebagai contoh; apakah jenis variables yang perlu ada dalam model anda, apakah jenis research method yang dipakai, bagaimana nak conduct survey, dan macamana nak run factor analysis. Kita kena belajar sendiri. Kita perlu mencari pakar rujuk atau paling kurang beli buku penyelidikan. Tetapi ada juga yang bernaib baik. Ada penyelia yang pemurah, sudah pasti mereka akan menolong pelajar PhD. Sampai tajuk dan artikel dicarikan untuk anda. Anda perlu bersyukur jika mempunyai penyelia yang sedemikian. Bagaimana pula bagi yang tidak bernasib baik? Jika anda tergolong dalam kategori ini, maka jalannya ialah dengan mengadakan perbincangan dengan teman PhD yang lain. InsyaAllah dengan kumpulan ini, ianya akan dapat membantu anda dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Selalu saya pesan, jika anda sudah 'terlalu' bosan dan tepu dengan PhD, maka ambil rehat sehari dua, dan jangan ingatkan PhD anda bila pergi vacation. Jangan bawa laptop anda bersama. Lupakan sejenak. Betul-betul rehatkan minda dan badan anda. Jika sudah 'sembuh' maka sambung balik kerja anda. Pengalaman saya semasa buat PhD dulu saya amalkan. AlhamduLillah mujarab. Saya banyak berehatkan minda dan badan di Cameron Highland, di South Korea, di Switzerland dan di Pittsburgh, USA (pergi pertandingan rekacipta + vacation). AlhamduLillah, release tension. Lebih baik buat umrah/haji...doa kepada Allah supaya semuanya berjalan dengan baik.

Comments

Syah said…
Dr Zaidi.

Terima kasih di atas semual maklumat perihal pembelajaran PhD ini.

regards,
Saya yg akan pergi jauh...
Anonymous said…
Salam Dr. , banyak pulak saya komen.
sorry.

yalah masalah 'tepu' tu tak dapat dielakkan maklumlah bekerja dengan komputer, baca artikel, baca artikel,buat ujian,baca artikel... last-last macam dah boring sangat.

saya pulak banyak nak belajar, maklumlah bukan pensyarah/kakaitangan akademik, banyak yang belum diketahui kena belajar..
JM.Juee said…
Salam dr... terima kasih atas panduan yang diberikan...ianya banyak membantu saya dalam menyiapkan penulisan PhD ini ...walaupun adakalanya rasa penat dalam meneruskan pengajian sambil bekerja sebagai pendidik.

juraidah dari WP. Labuan
Menarik artikel dikongsi..btw saya merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi saya 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.

Popular Posts