English dan Statistic
Setelah anda melalui liku-liku dalam menyiapkan kerja penyelidikan PhD, sudah masanya thesis anda akan dinilai. Penilaian akan mencakupi segenap ruang apa yang ada dalam thesis anda. Kadang-kala perkara yang anda anggap remah merupakan perkara yang ditekankan oleh pemeriksa. Oleh yang demikian, anda perlu menyiapkan thesis anda sehabis baik, kerana pada suatu hari nanti, thesis anda akan menjadi salah satu sumber rujukan kepada pelajar PhD yang lain. Salah satu perkara yang penting untuk difokuskan ialah mengenai penggunaan bahasa inggeris dan kemahiran statistik dalam analisa data. Bahasa inggeris merupakan tunjang kepada penulisan thesis, kerana ada universiti yang akan membuat penilaian berdasarkan penilai luar negara. Oleh yang demikian, secara automatiknya anda perlu menulis thesis dalam bahasa inggeris. Kadang-kala anda mahir dalam penyelidikan, tapi tidak dalam penulisan dan penggunaan bahasa inggeris. Untuk menguatkan bahagian ini, anda perlu menghantar thesis anda kepada guru bahasa inggeris dengan kadar bayaran sekitar RM1,000-2,000. Harga untuk memeriksa bahasa inggeris agak mahal, dan harga ini masih boleh dirundingkan. Ada juga masalah yang timbul, bila mana thesis anda telah diperiksa oleh guru bahasa, tetapi masih terdapat beberapa kesilapan dalam thesis anda. Oleh yang demikian, anda perlu dapatkan guru bahasa yang komitet dan mempunyai tahap kemahiran menulis, penyelidikan serta bahasa yang baik. Jika guru bahasa tidak faham dengan penyelidikan, maka timbul masalah di mana pembetulan yang dibuat akan berdasarkan pada bahasa semata-mata dan bukan berdasarkan bahasa penyelidikan. Terdapat konflik di sini. Istilah penyelidikan akan bercelaru dengan bahasa yang disyorkan. Lebih memeningkan lagi bilamana isi kandungan pula diubah dan akan mengubah maksud kajian anda. Kan dah jadi masalah...Oleh itu kalau boleh cari guru bahasa yang telah berkecimpung dalam penyelidikan. Lagi baik lagi kalau mereka sendiri telah mempunyai PhD dan menulis artikel dalam jurnal berimpak tinggi. Satu perkara lagi yang anda perlu periksa ialah bahagian analisa data. Sama seperti pemeriksaan bahasa, anda memerlukan pakar statistik untuk memeriksa dan mengesahkan bahawa kerja kajian anda adalah betul. Bayarannya bergantung. Kadang kala mengikut jam. Satu jam RM200. Bila sudah selesai pemeriksaan, jangan lupa untuk mendapatkan surat pengesahan dari guru bahasa dan statistik Tunjukkan surat-surat ini semasa viva-voce anda sebagai bahan bukti yang anda telah membuat pemeriksaan bahasa dan statistik. InsyaAllah anda akan selamat dari soalan-soalan yang mengerunkan!
Comments
saya pun sedang merangkak dalam Piled Higher and Deeper, tapi tak menggunakan analisa statistik, mathlab, sas atau spss, hanya berkaitan komputer. Tapi yg agak sukar adalah evaluation sebab nak develop methodology. tapi data perlu dianalisis untuk mendapatkan result melalui programming etc.
wassalam