PhD dan rakan semasa belajar

Tentu anda ada ramai rakan-rakan masa belajar sewaktu di sekolah rendah, menengah, dan universiti dahulu. Ramai betul sampai kita pun dah lupa nama mereka. Masih ingat lagi saya, bila bermain guli, main teng-teng, main police "sentri", tangkap ikan, main bola, etc. Bila teringatkan semua ini, boleh tergelak/tersengih sorang-sorang. Banyak betul kenangan. Dalam ramai-ramai tu, ada seorang dua dari rakan saya dah pun bergelar Dr. Salah seorang tu Dr. Faieza Abdul Aziz, yang sekarang berkhidmat di Universiti Putra Malaysia (UPM). Faie ni, rakan sekolah rendah saya dahulu di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi. Apabila masuk ke sekolah menengah, semua ikut haluan masing-masing, termasuk my best friend, Fadzri Jaafar. Tup-tup, dalam masa saya buat bachelor degree, terjumpa Faie di UK, selepas 10 tahun tak berjumpa. Paling best, my best friend, Fadzri tu juga dah tamat belajar di UK. Depa berdua ni mendirikan rumah tangga. Tahniah...Teringin juga nak menjenguk rakan saya ni, tapi masih tertangguh. Dalam beberapa tahun tak contact, saya terjumpa nama Dr. Faieza di UPM..emm dah bergelar Dr, masa tu. Seorang lagi, rakan saya sewaktu belajar di US, Dr. Hj. Zulkarnain Haji Kedah. Selepas balik dari US, saya dah lama tak contact Zul, dan bila saje-saje taip namanya di Internet, terkeluar nama Dr. Zulkarnain, Kalau tak silap saya, beliau tamatkan PhD di UK juga. AlhamduLillah, buat masa sekarang dah dua orang sahabat saya bergelar Dr. Mana rakan-rakan sekolah/universiti yang lain, saya pun tak tahu. Mungkin boleh cari dalam Internet!

Comments

Anonymous said…
Terharu betul bila hang tulis pasai crita aku. Boleh aku tumpang berbangga dengan kejayaan kawan-kawan. Mai datang rumah aku blanja durian!
Anonymous said…
Asm Zaidi
Aku pun terkejut bila hubby aku cakap ko ade cerita ttg we all, he..he... bangga pun ade, kelakar pun ade.. yelah.. dari darjah 2 kan kita seme kenal. tahniah buat kau yg dah meluncur laju dgn research, aku tumpang bangga.. aku masih baru belajar. he.he..

OK, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, jemputlah datang beraya di rumah kami di Bangi Perdana. Salam to yr wife.

Cheers
Faieza
Mech E, UPM
Faie. Thanks, sebab sempat jenguk blog saya. Lama betul tak jumpa Fad, semenjak darjah nam lagi. InsyaAllah, nanti saya contact ko berdua. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf, Zahir dan Batin.