Double PhD

Setelah beberapa seketika, saya dan Intan membawa satu tajuk perbualan yang mungkin pelik. Akhirnya, kami bersetuju dengan satu resolusi dan tindakan. InsyaAllah, ianya akan menjadi kenyataan. Saya dan Intan berhasrat untuk sekali lagi menyambung pengajian di peringkat PhD di UiTM. Begitulah plan kami sekarang. Kami berdua ingin menjurus kepada pengkhususan IT Management di Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif (TMSK). Nama penyelia sudah ada dalam kepala. InsyaAllah, kami akan memulakan pengajian dalam semester hadapan. Kebetulan pula yuran pengajian untuk staf UiTM agak murah, maka keputusan untuk menyambung pengajian di peringkat PhD amatlah di'galakkan' oleh kami berdua. Saya meminta rakan-rakan senantiasa mendoakan kejayaan kami bagi mencapai hasrat untuk mendapatkan double PhD.

Comments

Anonymous said…
Muga berjaya.
Terima kasih di atas sokongan yang diberikan. InsyaAllah saya akan berusaha menamatkan pengajian.
Anonymous said…
Wow!!Nk ambil lagi PHD dr?Hebatnya!! Bestnya dapat pasangan yang ada minat yang sama..Dr Zaidi dan Dr Intan memang Mentor saya la.. Saya pun nak jadi macam Dr berdua. Belajar dan Belajar..

Thank You Dr..
Nurashikin, Terima kasih di atas kata-kata peransang.
fusarium solani said…
Salam,
Nampaknya Prof dan isteri sama kuat tekad! Tahniah, semoga berjaya.
Anonymous said…
Assalamualaikum Dr Zaidi,

Sy nk minta pandangan dr pihak Dr. Hari ini saya dapat keputusan temuduga engineer JKR di SPA. Sy lulus temuduga tu dan akan dipanggil kemudian.

Yang merisaukan saya, sekarang sy sedang ambil Master by Research di UiTM. (Tawaran biasiswa MOSTI pn baru dapat surat).

Sy xtau macamana DR. Peluang kerja di JKR bukan selalu datang tapi sayang pulak nak berhenti belajar..

Harap Dr Zaidi dapat bagi sedikit pandangan.
Syah said…
Semiga berjaya...

Ini dah boleh masuk Malaysia Book of Records ni...
Nurashikin, AlhamduLillah, rezeki sdri datang melimpah ruah. Pada saya, kita rujuk kepada-Nya, lakukan solat sunat istiqorah, InsyaAllah sdri akan dapat petanda dengan gerak hati etc. Jika tidak dapat petanda, sila lakukan solat sunat ini berulang-ulang kali, InsyaAllah, sdri akan memperolehi jawapannya nanti.
Eikyn said…
Assalamualaikum DR Zaidi,

Saya rasa saya terima tawaran kerja di JKR atas nasihat keluarga..tapi saya akan teruskan pengajian saya dalam Master by research. Mungkin terpaksa tukar mode kepada Part Time.

Saya tetap nak teruskan cita-cita saya sambung Master dan PHD mcm Dr Zaidi dan DR Intan!!
AlhamduLillah, dan tahniah kerana akan bergelar engineer. Belajar tetap akan diteruskan. Saya doakan kejayaan sdri.
ana_salafi said…
Tahniah. Saya juga sedang menamatkan pengajian PhD di Fakulti Sains Gunaan UiTM. Sedang tunggu VIVA. Pengajian di sini adalah secara part time (mula Jan 2007). Saya juga sedang menjalankan pengajian di peringkat PhD juga di UKM secara sepenuh masa. Sekarang ni di semester ke-3. Insyallah akan tamat akhir tahun depan. Pengajian berjalan lancar. Doakan juga supaya dapat menamatkan ke-dua-dua PhD ini.

Annuar
ana_salafi said…
Alhamdulilah, hari khamis lepas viva dan lulus. Diberi 3 bulan untuk buat pembetulan. lepas ni, kena siapkan PhD di UKM pula. Doakan.
Tahniah Anuar. Saya bangga dengan kejayaan saudara!
ana_salafi said…
Salam Prof,

Saya baru viva utk PhD kedua di UKM. Alhamdulillah. Annuar.