Tahniah Raja Azrin & Balkish
Saya menerima berita gembira daripada rakan-rakan yang sedang belajar di Australia dan New Zealand. Tahniah kepada Raja Azrin dan Balkish kerana sudah bergelar calon PhD dan berjaya dalam defend proposal baru-baru ini. Saya berasa bangga kerana tidak sampai satu tahun belajar anda berdua telah berjaya menghasilkan proposal PhD yang baik. Dengar cerita pula tidak perlu buat correction...Saya sebenarnya mengenali Raja Azrin dan Balkish di UiTM Johor dan sememangnya mereka berdua mempunyai hati yang baik. Begitulah kita, jika hati kita bersih dan tidak dengki kepada orang lain, InsyaAllah anda akan diberikan kesenangan dalam segala urusan. Dalam pengajian diperingkat PhD pula, memang banyak dugaan. Kadang-kala dugaan datang dari rakan yang cemburukan kejayaan kita. Jika perkara ini berlaku, sabar adalah jawapannya. Dengan berkat usaha dan doa kepada Allah, InsyaAllah segala anasir yang cuba menganggu kerja pengajian PhD anda tidak akan dapat menghalang anda dari terus berjaya. Cemburukan rakan untuk turut sama cemerlang tidaklah dilarang, tetapi jika cemburu menyebabkan keruntuhan syahadah, maka ianya bertentangan dengan didikan agama. Kita perlu ingat bahawa nyawa kita digengaman Allah. Setinggi mana kita berjaya sekali pun, datang dari keizinan Allah. Rezeki, pangkat, kepandaian juga timbul dari keizinan Allah, dan semua ini adalah dugaan yang besar kepada kita. Oleh itu, kita semua perlu ingat bahawa setiap tindak tanduk kita di dunia ini akan dikira dan mendapat balasan daripada Allah. Kepada Raja Azrin dan Balkish, tahniah dan teruskan perjuangan dengan membawa balik segulung ijazah tertinggi, PhD.
Comments
Ini semua berkat usaha dan doa mereka sendiri. Semoga terus dipermudahkanNya.