Menulis dan Software
Semalam, mesyuarat akademik fakulti. Masa inilah dapat bertemu dengan rakan-rakan. Kalau tidak, susah untuk bertemu sebab kebanyakkan staf ada 'time-table' masing-masing. Pada masa ini juga saya mengajak rakan-rakan yang memenangi anugerah penyelidikan untuk menyumbang artikel mereka dalam buku terbitan terbaru, 'Award Winning Research Papers'. AlhamduLillah, ada yang berminat untuk menyumbangkan artikel mereka. Buat masa sekarang dah 6 artikel berjaya dikumpul, dan InsyaAllah, kalau tidak ada aral melintang, saya akan hantar manuskrip ini ke UPENA akhir bulan ini. Menulis merupakan nadi kepada perkembangan ilmu dan ianya semestinya diteruskan. Perkongsian ilmu perlu diterapkan pada semua pendidik bagi menjadikan masyarakat yang berilmu. Dalam entry yang lepas, seringkali saya syorkan kepada bakal calon PhD menerbitkan seberapa banyak artikel dan buku kerana ini akan terus menerus menggalakkan budaya penulisan dan penyebaran ilmu. Untuk menulis anda perlukan beberapa software. Kebanyakkan software ini mahal harganya sehingga mencecah ribuan ringgit. Bagaimana untuk mendapatkanya secara percuma? Oleh itu, sebelum melanjutkan pelajaran, adalah baik jika bakal calon PhD (staf UiTM) download seberapa banyak software ke dalam laptop seperti Adobe Professional, AMOS, SPSS, End Note, etc., dari Pusat Sumber Maklumat Bersepadu (PSMB) atau mana-mana jabatan berkaitan. Jika tempoh penggunaan tamat, anda boleh mendapatkannya melalui permintaan melalui e-mail kepada pegawai teknologi maklumat UiTM. Sebelum anda download software yang disebutkan di atas, anda perlu mengisi borang yang boleh didapati dari portal PSMB, dan dapatkan kelulusan dari ketua jabatan. InsyaAllah dengan semua software ini akan menyenangkan proses pengajian anda. Download juga beberapa thesis PhD yang sesuai dengan proposal anda sebanyak mungkin. Ini adalah kerana cara penulisan dan maklumat yang dari thesis ini akan banyak membantu anda semasa menjalankan kajian dan penulisan nanti. Selamat maju jaya!
Comments